Saturday, 21 July 2012

::MASA::

Ada apa dengan masa..?  Jangan begitu, masa itu emas.
Emas bukan pada nilai, emas bukan harga.
Emasnya masa kerana tidak dapat dijual beli... tidak dapat diganti.


Maka bila hati ini berbicara cinta, jawab masa.
Bila hati ini ingin merasa nikmat cinta, jawab masa.
Bila hati ini ingin memberi cinta, jawab masa.
Bila hati ingin isi kembali, jawab masa.....

Bila masa jawapannya maka...
hati ini sudah lupa berbicara cinta,
hati ini sudah terlupus nikmat cinta,
hati ini sudah sesat memberi cinta,
hati ini sudah tandus isinya... jawablah masa...

Jangan dilupa masa itukan emas yang idak dapat dibeli dan diganti, maka hormatilah masa, kerana semua jawapan itu akan tiba pada masa yang sesuai sekali.

Insyaallah.... tidak sabar menanti masa itu.... Duhai hati, sabarlah menanti, moga tepat masa nanti.


Teratai Bunga Indah...?? Ya, sangat indah!!