Tuesday 12 July 2011

Dialog Kehidupan

"Awak, akak nak tanya sikit ni"
"Apa dia tanyala..."
"Boleh tak akak nak tau mcm mana awak hadapi dan bangun selepas apa yang terjadi dkt awk"

Tarik nafas.Senyum.Berkata-kata.
Itu aku.

"Redha" itu sahaja.
"takkan la tu saje"
"Betul"
"Macam mana nak redha tu, mana nak terima bukan sikit kecewa dia, akak ni hampir nak bunuh diri, hampir nak buat kerja gila, Ya ALLAH Tuhan je yang tau hati ni dik... Akak sampai boleh terfikir nak bunuh diri tu.. Astagfirullah al-azim..."
Aku senyum lagi.. Akak ni ada terfikir nak buat benda-benda yang Nabi tak mengaku umat tp nasib baik dia cepat-cepat istigfar... Nasib baik.
Sudah berjela-jela dia bagi, aku ambil...
"Akak, saya ni pun pernah buat kesilapan, dan pernah dikecewakan sampai saya ni terperosok, melukut. Tetapi saya cuba menjadikan keredhaan itu sbgai peniti saya.. Saya selalu sematkan di dalam hidup saya dan bangun dan terus menghayun langkah dan terus menarikan rentak.."

Teratai Bunga Indah...?? Ya, sangat indah!!

Sunday 10 July 2011

Terbelenggu

Aku terus tertampung.... terbelenggu, tertahan hati... Syukur, segalnya dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T..
Aku pernah terleka, aku pernah mendongak ke langit hingga aku lupa aku masih berpijak di bumi yang nyata. Aku pernah bersenang-lenang hingga aku terlupa pada waktu susahku. Namun, penyesalan itu harus tetapi jangan biarkan penyesalan itu terus membelenggu diri hingga aku tak nak berubah, mengubah. Dan keredhaan dan sabar itu penting di dalam perubahan itu.

Aku jua sedang cuba ke arah itu.
Aku hendak diri ini dipandang mulia dan mulianya seseorang itu adalah disisi Pencipta. ALLAH S.W.T..
Dan bukan disisi hambaNYA. Maka kerana itu aku terus bangun dan memulikan diriku.
Biar hamba-hambaNYA memandang serong padaku, mengeji, memaki. menghina dan menjauhkn diri..
Aku tetap bersyukur kerana aku makin mengenali diri ini dan makin mengenali dan menyedari kebesaran Illahi dan demi waktu kesabaran dan keredhaan aku ini lambat atau cepat ALLAH lebih mengetahui. Aku akan nantikan bukan kerana aku ini mendambakan balasan tetapi aku mengdambakan kebenaran. Tetapi aku redha walau ALLAH lebih menyayangi diri ini dan menjemputku dahulu tanpa aku melihat pada hukum dunia ALLAH, aku tahu ALLAH lebih berkuasa.
Hanya ALLAH sahaja yang tahu di dalam hati ini.

Saturday 9 July 2011

Taubat Nasuha

Mendung berlalu, awan berarak....
Pergilah hujan timbullah pelangi... Andai bisa ku ungkap di hati alangkah bahagia.. Namun, hati ALLAH lebih mengetahui. Orang kata kasih ibu membawa ke syurga, kasih ALLAH jua menghidup jiwa, menenangkan hati, mengawal emosi, meruntun nurani.. Menitis....
Airmata ku menitis saat teringat dosa-dosa...
Airmata ku menyentuh lembut pipi di saat ku mengadu pada ILLAHI
Airmata ku tertampung di kelopak mataku saat ku bersyukur di atas segala kesempatan dan peluang kedua yang diberi.
Berubahlah...
Insaflah....
Bertaubat Nasuhalah diri ini...
Jangan diulangi
Jangan di kesali dengan ap yg terjadi.
Ada hikmah yang menanti...

Restu Itu

Tiada restu.
Dua sahaja perkataan itu.
Namun ianya makna yang terbesar di dalam hidupku.

Maaf.
Satu sahaja perkataan ini.
Namun ku takkan menghalalkan hubungan kita tanpa restu.

Tiada restu, maaf ku takkan bisa kerana dia bagaikan ibumu...

Monday 4 July 2011

aku.cinta.ALLAH -> cinta.kami

Nak mintak tolong boleh tak?
Sender :
Aabang
+6017*******
Sent:
25-Apr-2011
9:46:49 pm

Mtk sblum tdo solat sunat taubat hr2 buleh?
Sender :
Aabang
+6017*******
Sent:
25-Apr-2011
9:47:56 pm

Abg pun akn buat gak nk bsihkn ht n dri sbb nk pkwinan kt suci n akn jdi pmulaan yg bgus dan hingga ke syurga
Sender :
Aabang
+6017*******
Sent:
25-Apr-2011
9:50:45 pm

Ya ALLAH.. bertahun2 aku berdoa diberikn jodoh yg boleh mbimbing aku ke jalan ALLAH. Syukran..

Bertahun. tahun.. tahun... tahun.. 9 tahun..
aku doa. mohon. mengadu. merintih. merayu.
kecewa. sakit. pilu.
namun aku bersyukur.

selepas si pengkhianat cinta melangkah pergi.
si penyejuk hati menyusun rentak ke Ilahi,
selepas si pembunuh cinta meninggalkan isi,
si penghidup cinta memadamkan bukti hakiki,
si penyejuk hati dan penghidup cinta ini mengajak mencari cinta abadi.
pada Ilahi.
pada Yang Hakiki.

Mengajak mengenal diri kemudian mengenali ALLAH Yang Esa,
teresak.
tersadar.
tergandah.
Jauhnya kehidupanku tersasar bersama pengkhianat dan pembunuh cinta.
Jauhnya kehidupanku tersimpang kerana cinta itu berpegang pada cinta manusia.

Syukur Ya Allah.
Lillahitaala.
Sehingga aku redha jika tidak dijodohkan bersama.
Kerana cinta itu kerana Allah.

Friday 1 July 2011

MAMPU? (teeeettt.....) MAMPU!!! (yesss...)

Mampu??? (ini tidak yakin...)


MAMPU...!!! ( ini lebih meyakinkan...)


Mampu aku terus bangun...
Selepas terjelepok.. (jauh terperosok... kau tinggalkanku)
Dan bertatih supaya boleh berdiri!


Mampu aku terus senyum...
Selepas kecewa... (amat menikam.... kau tinggalkanku)
Dan terus tersenyum supaya tergelak!


Mampu aku terus mengembalikan harga diri...
Selepas dipandang sepi... (sangat sepi... kau tinggalkanku)
Dan terus merencana hidup supaya dihargai!


Mampu aku terus meningkatkan maruahku...
Selepas dicaci, dimaki.... (sangat keji... kau tinggalkanku)
Dan terus menjaga diri supaya dihormati!


Ya, aku mampu selepas aku sedar rupanya KEREDHAAN adalah perkara utama.
Lagi cepat aku redha lagi kuat aku, lagi senang ku
BERTATIH,
TERSENYUM,
MERENCANA HIDUP,
MENJAGA DIRI!
Dan yang UTAMA.... ALLAH memberikanku kenikmatan yang tidak terhingga.
ALHAMDULILLAH.

Thursday 30 June 2011

CINTA

Cinta semalam adalah cinta yang terluka..
Ditelan pahitnya terasa,
Diluah hatinya terseksa..
Kerana cinta itu pada manusia...


Cinta yang hadir menikam jiwa menusuk kalbu,
Ya, ianya tidak menyakitkan malah mengindahkan,
Kerana cinta itu pada Yang Esa...


Ingin tahu perbezaan nya?
Tepuk dada tanya selera.


Teratai Bunga Indah? Ya, sangat Indah..... >_<

AKU & KEHIDUPAN

As-salam and Salam SAtu Malaysia..

Biar ini yang menjadi pengenalan diri...

AKU hanya sebuah nama... Tiada yang istimewanya hidup sebagai aku ini cuma aku rasa istimewanya sebab aku masih hidup sehingga kini.... Syukur pada YANG ESA... Sama aja hidup aku macam kalian begitu juga matinya aku nanti. Kalian kenal aku tapi mungkin kalian belum kenal siapa aku. Ahhh...mengelirukan? Ada yang lebih mengelirukan disini iaitu kehidupan! Mungkin KAU dan AKU akan sama-sama mengenali sedikit sebanyak tentang kehidupan apabila TUHAN mengizinkan KITA bertemu disatu dunia yang dinamakan SAHABAT...

Hadirnya di ruang ini hanya ingin meluahkan rasa hati yang tak tertahan...
Sembunyi diri ini kerana ingin rasa bebas meluahkan ia..
Berkarya diri ini kerana itu penenang jiwa...

Aku ingat hampir 10 buku diari yang aku miliki... why hampir? kerana yang ke-10 itu tergendala semenjak aku mengenal cinta.. Cinta telah meragut kesetiaan ku pada diari. Mengapa diari?
Kerana ia peneman diri yang tidak berbalas namun memberi kesan.

Biar org prejudis dgn diari namun aku ttp pertahankan... dan selepas 9 tahun selepas cinta MENGKHIANATIku, meragut kesetiaanku, melakukan kekejaman pada diri, menolak keadilan dan tanggungjawab, aku cuba mencari DIARI ku... namun, mengapa diari itu sukar mnjadi peneman diri? kerana waktu beredar dan DIARI itu menjadi matang dengan kehadiran BLOG. tempat manusia menggantikan diari...

Ya, setelah berfikir panjang dan setelah hatiku merintih baru ku beranikan diri mencoret lauahan ku di sini. Moga ianya akan kembalikn zaman kegemilangan AKU dan DIARIKU....!!!

TERATAI BUNGA INDAH?? ya, ia sungguh indah...