Sunday, 8 July 2012

LEBIH BAIK dari BAIK

Bila cinta manusia yang datang.... Indah, bila semuanya berubah ke arah kebaikan.. Sanggup semuanya ingin nampak hebat di mata dan di hati, diatur setiap gerak geri dengan rapi, tiada yang terkecuali, baik.... baik... dan semunya baik sahaja.... dari tidak baik juga jadi baik akhirnya......

Bila cinta manusia itu pergi...... Maka mulalah yang baik itu makin hilang.. mulalah yang baik sedia ada itu dijadikan tidak baik... Nampak baik baik sahaja pun jadi tidak baik, semua berubah 360 darjah.... kenapa.. mengapa.. apakah...

Kan lebih baik yang berubah jadi baik kerana cinta itu, kekalkan baik walau cinta pergi, memang orang selalu kata berubah kerana manusia tidak akan kekal lama, namun buktikan kekal baik itu kerana jika kita kekal baik kita akan dapat pengganti yang lebih baik.

Insyaallah, akan ku kekalkan kebaikan ini dan itu demi Allah, biar yang pergi itu datangnya yang lain yang lebih baik.... LEBIH BAIK. Kunfayakun....







Teratai Bunga Indah...?? Ya, sangat indah!!