Ingatan terganggu, kabur, samar, lemah, tidak daya, ujian ALLAH...
Bersedia dengan ini, persediaan telah rapi Insyaallah....
Jangan khuatir jika aku melupakanmu, jika aku payah segarkan kenangan itu,
Atau terus lupa kerana awal telah bersedia,
semuanya sudah ku karangkan, semua sudah ku coretkan,
semua telah kubukukan, semua telah ku catitkan.. semua... semua... semua.... dan semua...
Maaf, ampun, menyusun jari jika ada yang terlupa namun aku akan usahakan
semuanya baik-baik sahaja.... Tiada daya aku insan, hamba Allah..... Namun akan ku usahakan..
Biar aku yang terlupa, aku payah menyegarkan namun aku buktikan segala
cerita dan kenangan.... Jangan egkau melupakan dan meluputkan aku dari hidupmu kerna
aku alasannya.... Bagaimana aku dapat hilangkan bukti yang ada padaku...
Ahhhh.. terlalu banyak rungkaiannya.... Biar aku yang lupa ini tapi bukti tidak akan lupus, akan ku
ingati semuanya berdasarkan bukti itu tetapi janganlah kau lupakan aku.. kini....
Takdir di langit telah mula menyimbah bumi, menimpa aku... aku REDHA....
Namun, bagaimana dengan kisah hati..??? Rindu aku padanya...
Teratai Bunga Indah...?? Ya, sangat indah!!
Oh teratai bunga indah Engkaulah pujaan hatiku Telah lama aku rindukan Wahai teratai bunga indah Sungguh cantik wajahmu Sinar matamu bagaikan suria pagi Setiap insan selalu terpikat Memandang teratai bunga indah Ku tak menyangka Wahai terataiku sayang Badai taufan mendatang Menghembus dirimu Engkau pun terkulai Dan merunduklah layu Tak berseri lagi Oh tolong, lindungilah dia Agar ku dapat bersamanya lagi Ku inginkan terataiku sayang Berseri seperti semula Teratai bunga indah
Sunday, 29 July 2012
Friday, 27 July 2012
PEMERGIANKU-andai ku tiada
Aku sederhana,
Terharu, tersentuh pemergianku ditangisi,
Tak ku sangka... tak ku duga...
Kehidupanku di nyata berseorangan, namun sahabtku di maya menguatkan..
Keluarga berjauhan, namun dekat di hati, sahabat itu jauh di mata jua namun bertapak di hati..
Aku tidak pasti kepulanganku di nanti, lagi tidak pasti kembalikah aku,
aku positif, aku ingin kembali.... kembali.. kembali....
Namun Allah itu Maha Besar, biar yang pakar tidak menyatakan semangat kembali namun aku punya Yang Satu... tiada kuasa lagi besar selain dari Allah SWT...
Aku punya agama, agama ku tidak menyuruh berserah selain usaha, berdoa baru bertawakal..
Aku inginkan keajaiban terjadi namun aku terima apa yang Allah putuskan tukku... DIA Maha Mengetahui rahsia segala rahsia.... Kunfayakun...
Sayang sahabat, cinta hati... sampaikan salam cintaku...... ku tahu dirimu membaca coretanku...

Sampaikan Salam Cintaku
Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun terluka namunku merindu
Kerana cintaku tiada akhirnya
Walaupun kau telah menghancurkannya
Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun sengsara namunku masih sayang
Kerana cintaku mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua
Andaiku tiada, andaiku pejam mata
Biarku abadi, cinta yang setia ini
Biarpun kau jauh, sambutlah salamku
Kerana aku masih menyayangimu
Tidak pernah aku membenci dirimu

Thursday, 26 July 2012
Kesempurnaan itu
Aku bukannya sempurna... Bukan yang terhebat kerana ketidaksempurnaan dan tidak hebat itu dari kekhilafan aku....
Tapi Allah, Tuhan yang mencipta Maha Besar..... Seindah-indah ciptaan wujudnya aku dengan izinNYA...
Bukan merendah diri, tetapi tiada yang istimewanya, menjalani hidup seperti manusia biasa..
Sedaya boleh menjalani hidup dengan keserdahanaan ...
Aku pernah dilambung ombak yang maha hebat namun Allah SWT lebih Hebat kuasaNYA, diberikan aku ketenangan yang tidak terhingga sehingga air berkocak jua tidak terasa..
Aku pernah ditelan arus namun Allah lebih mengetahui arusku, di damparkan aku seperti mutiara di persisiran pantai kini.. bersinar menerangi persisiran itu..
Aku pernah menyayangi dan disayangi, dikutip mutiara yang bersinar2 itu tapi sayang cinta manusia itu tidak pandai menghargai mutiara, matanya melihat keemasan bukan keputihan suci mutiara itu....
Namun, cinta yang datang lagi ini begitu memuja kesucian putih mutiara itu, berkali-kali menolak, berkali-kali ditepis, berkali-kali cuba hindar, hampir tewas, ku tergandah, ku tertanya, ku berbisik, ku tepuk hati ini, ku usap jiwa ini.....
Ohhh.... mutiara di persisiran pantai yang terdampar lama.. bersinar-sinarlah tanpa perlu tangan yang menolongmu.... Bolehkah menolak takdir...

Monday, 23 July 2012
::MASA::SAYANG::MENYAYANGI::
Gurau senda, usik mengusik, niat..?? bergurau-gurau.....
Gurauan sayang, usikan cinta, niat...?? menyayangi....
Masa menentukan masa untuk disayangi... Namun, bersediakah hati....??
Tidak di mulut, iya di hati... ^_^
Teratai Bunga Indah...?? Ya, sangat indah!!
Saturday, 21 July 2012
BERSEMANGAT::SUNAN
Hati aku kini terpaut pada karya Ramlee Awang Murshid. Kebetulan, takdir, jodoh.
Tapi bukan kebetulan, bukan takdir bukan jodoh yang ingin aku ceritakan.
Isi, penceritaan, sejarah, mitos, kebetulan, realiti, maya, plot... aahhhhhh banyak rungkaiannya...
Isi-sangat memenuhi,
Penceritaan-sangat ringan dalam keberatan.
Sejarah- faktanya bertauhid.
Mitos-antara sempadan ia berdiri.
Kebetulan- mistik tetapi dengan izin Allah.
Realiti - indah bagai puteri.
Maya - bahagia walau tidak pasti.
Plot - bijak di kedua-dua zaman.
Satu dalam sejuta bakat itu. Semoga terusan kegemilangnya......!

::MASA::
Ada apa dengan masa..? Jangan begitu, masa itu emas.
Emas bukan pada nilai, emas bukan harga.
Emasnya masa kerana tidak dapat dijual beli... tidak dapat diganti.
Maka bila hati ini berbicara cinta, jawab masa.
Bila hati ini ingin merasa nikmat cinta, jawab masa.
Bila hati ini ingin memberi cinta, jawab masa.
Bila hati ingin isi kembali, jawab masa.....
Bila masa jawapannya maka...
hati ini sudah lupa berbicara cinta,
hati ini sudah terlupus nikmat cinta,
hati ini sudah sesat memberi cinta,
hati ini sudah tandus isinya... jawablah masa...
Jangan dilupa masa itukan emas yang idak dapat dibeli dan diganti, maka hormatilah masa, kerana semua jawapan itu akan tiba pada masa yang sesuai sekali.
Insyaallah.... tidak sabar menanti masa itu.... Duhai hati, sabarlah menanti, moga tepat masa nanti.

Sunday, 8 July 2012
LEBIH BAIK dari BAIK
Bila cinta manusia yang datang.... Indah, bila semuanya berubah ke arah kebaikan.. Sanggup semuanya ingin nampak hebat di mata dan di hati, diatur setiap gerak geri dengan rapi, tiada yang terkecuali, baik.... baik... dan semunya baik sahaja.... dari tidak baik juga jadi baik akhirnya......
Bila cinta manusia itu pergi...... Maka mulalah yang baik itu makin hilang.. mulalah yang baik sedia ada itu dijadikan tidak baik... Nampak baik baik sahaja pun jadi tidak baik, semua berubah 360 darjah.... kenapa.. mengapa.. apakah...
Kan lebih baik yang berubah jadi baik kerana cinta itu, kekalkan baik walau cinta pergi, memang orang selalu kata berubah kerana manusia tidak akan kekal lama, namun buktikan kekal baik itu kerana jika kita kekal baik kita akan dapat pengganti yang lebih baik.
Insyaallah, akan ku kekalkan kebaikan ini dan itu demi Allah, biar yang pergi itu datangnya yang lain yang lebih baik.... LEBIH BAIK. Kunfayakun....

Subscribe to:
Posts (Atom)