Sunday, 10 July 2011

Terbelenggu

Aku terus tertampung.... terbelenggu, tertahan hati... Syukur, segalnya dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T..
Aku pernah terleka, aku pernah mendongak ke langit hingga aku lupa aku masih berpijak di bumi yang nyata. Aku pernah bersenang-lenang hingga aku terlupa pada waktu susahku. Namun, penyesalan itu harus tetapi jangan biarkan penyesalan itu terus membelenggu diri hingga aku tak nak berubah, mengubah. Dan keredhaan dan sabar itu penting di dalam perubahan itu.

Aku jua sedang cuba ke arah itu.
Aku hendak diri ini dipandang mulia dan mulianya seseorang itu adalah disisi Pencipta. ALLAH S.W.T..
Dan bukan disisi hambaNYA. Maka kerana itu aku terus bangun dan memulikan diriku.
Biar hamba-hambaNYA memandang serong padaku, mengeji, memaki. menghina dan menjauhkn diri..
Aku tetap bersyukur kerana aku makin mengenali diri ini dan makin mengenali dan menyedari kebesaran Illahi dan demi waktu kesabaran dan keredhaan aku ini lambat atau cepat ALLAH lebih mengetahui. Aku akan nantikan bukan kerana aku ini mendambakan balasan tetapi aku mengdambakan kebenaran. Tetapi aku redha walau ALLAH lebih menyayangi diri ini dan menjemputku dahulu tanpa aku melihat pada hukum dunia ALLAH, aku tahu ALLAH lebih berkuasa.
Hanya ALLAH sahaja yang tahu di dalam hati ini.