Tuesday, 12 July 2011

Dialog Kehidupan

"Awak, akak nak tanya sikit ni"
"Apa dia tanyala..."
"Boleh tak akak nak tau mcm mana awak hadapi dan bangun selepas apa yang terjadi dkt awk"

Tarik nafas.Senyum.Berkata-kata.
Itu aku.

"Redha" itu sahaja.
"takkan la tu saje"
"Betul"
"Macam mana nak redha tu, mana nak terima bukan sikit kecewa dia, akak ni hampir nak bunuh diri, hampir nak buat kerja gila, Ya ALLAH Tuhan je yang tau hati ni dik... Akak sampai boleh terfikir nak bunuh diri tu.. Astagfirullah al-azim..."
Aku senyum lagi.. Akak ni ada terfikir nak buat benda-benda yang Nabi tak mengaku umat tp nasib baik dia cepat-cepat istigfar... Nasib baik.
Sudah berjela-jela dia bagi, aku ambil...
"Akak, saya ni pun pernah buat kesilapan, dan pernah dikecewakan sampai saya ni terperosok, melukut. Tetapi saya cuba menjadikan keredhaan itu sbgai peniti saya.. Saya selalu sematkan di dalam hidup saya dan bangun dan terus menghayun langkah dan terus menarikan rentak.."

Teratai Bunga Indah...?? Ya, sangat indah!!