Mampu??? (ini tidak yakin...)
MAMPU...!!! ( ini lebih meyakinkan...)
Mampu aku terus bangun...
Selepas terjelepok.. (jauh terperosok... kau tinggalkanku)
Dan bertatih supaya boleh berdiri!
Mampu aku terus senyum...
Selepas kecewa... (amat menikam.... kau tinggalkanku)
Dan terus tersenyum supaya tergelak!
Mampu aku terus mengembalikan harga diri...
Selepas dipandang sepi... (sangat sepi... kau tinggalkanku)
Dan terus merencana hidup supaya dihargai!
Mampu aku terus meningkatkan maruahku...
Selepas dicaci, dimaki.... (sangat keji... kau tinggalkanku)
Dan terus menjaga diri supaya dihormati!
Ya, aku mampu selepas aku sedar rupanya KEREDHAAN adalah perkara utama.
Lagi cepat aku redha lagi kuat aku, lagi senang ku
BERTATIH,
TERSENYUM,
MERENCANA HIDUP,
MENJAGA DIRI!
Dan yang UTAMA.... ALLAH memberikanku kenikmatan yang tidak terhingga.
ALHAMDULILLAH.